Tips Buat Bisnes Online Cara Yang Betul - Grow Bisnes

Breaking

Subscribe Us

Friday 23 July 2021

Tips Buat Bisnes Online Cara Yang Betul



Ramai orang tidak tahu macam mana nak onlinekan bisnes cara yang betul. Niat tu dah ada untuk buat tetapi masalahnya tak tahu onlinekan bisnes. Apa langkah-langkah yang betul untuk mulakan bisnes online ? ramai orang akan pening dan bertanya "saya nak onlinekan bisnes tapi nak mula macam mana?" step tak tahu nak buat apa. 


Ada orang juga dia mula berfikir "ramai sangat orang yang buat bisnes, macam mana aku nak bersaing?" Contoh kita search jual skincare, beribu orang jual skincare. Kita jual tudung beribu orang akan jual tudung. Persoalannya , bagaimana kita nak bersaing dengan mereka. Lagi-lagi kalau kita tak tahu macam mana nak tarik pelanggan dengan betul.


Sekarang ni lagi dengan cabaran musim PKP macam mana nak survive? zaman sekarang ni tak tahu macam mana nak survive. Tak tahu macam mana nak naikkan jualan. Sebab saya faham kita ini penuh dengan komitmen lain. Kita nak kira komitmen bulanan seperti bayar kereta, bil air, barang dapur. Kalau kita tidak ada jualan yang bagus, macam mana kita nak survive ?


Tips Buat Bisnes Online Cara Yang Betul


1. Bagi Orang Nampak 

    Kita kena bagi nampak orang kita punya brand or produk. Kalau orang tak nampak macam mana nak ada pelanggan, betul tak? Bila orang dah nampak baru la orang senang nak dapatkan atau beli produk kita. 

   

Ini masalahnya kita tak bagi orang nampak, mengharapkan orang yang datang kepada kita. macam mana? Kena bagi orang nampak kita punya bisnes online. Kita jual apa, berapa harga semua. Sangat rugi orang yang tidak onlinekan bisnes sebab apa waktu PKP ni ramai orang menghabiskan masa di rumah, menghabiskan masa di sosial media. 


"Ehh kalau aku jual produk ini pelangggan aku ada duit tak ni?"


Jangan fikir pelanggan anda tidak ada duit sebab apa? pelanggan sebenarnya ada duit. Sebagai bukti sekarang, ramai orang beli barang dekat online seperti shoppe, lazada dan banyak lagi. sebab apa? ramai kedai tak buka so orang akan beli menerusi online. Lagi best bila anda kuasai online, membuatkan pelanggan anda rasa senang. 


Order dan tunggu barang datang itu yang anda kena buat bagi pelanggan nampak, sekurang-kurangnya 77 kali sebab manusia akan beli produk kita sekurangnya 77 kali. takda maknanya nak tunjuk 1 kali terus pelanggan nak beli. Manusia ini kena ada trust. 77 kali orang akan sentiasa nampak barulah orang nak beli dengan kita.


Rahsia Post 500-1000 Iklan Produk di Facebook . klik sini


2. Buatkan Pelanggan Suka (bukan menjual semata-mata)



    Jangan asyik-asyik buat promosi "Buy 1 Free 1".  Anda kena buatkan pelanggan suka barulah orang nak beli dengan kita. Orang kalau dah suka dengan kita, kita jual apa pun orang akan beli. Pernah ke anda nampak, orang buat buy 1 free 1 untuk bisnes baru mula? ada orang nak beli tak ? So macam mana kita nak buat pelanggan suka dekat kita, dengan cara kita bagi tips atau sharing barulah orang suka. Dekat sini orang akan timbul rasa kita care dengan dia. 


3. Buatkan Pelanggan Percaya





    Sebab tu kena bagi orang nampak sebab sekarang ini banyak sangat scammer diluar sana. Banyak orang jadi scammer so pelanggan timbul rasa tidak yakin nak beli dengan kita. Sebab itu kita kena buat live, bila buat live orang akan nampak dan percaya dengan kita. Contoh katakanlah nak kahwin, kita kena tahu dulu wajah muka pasangan kita barulah tidak timbul rasa was-was. betul ke betul ? 


Bukan itu sahaja, nak bina trust, testimoni pun penting. Bila orang nampak banyak testimoni, jadi secara tidak langsung orang akan percaya. Sebagai contoh kita nak beli produk orang, first kita akan tengok brand dan kedua adalah testimoni.betul tak ?




No comments:

Post a Comment